Thursday, June 20, 2013

Terbitan terbaru CTRA Production: Nyonya & The Gang

Saksikan Teater Terbitan ke-31 CTRA Production

Judul / Title : Nyonya & The Gang

Tempat / Venue : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tarikh / Date : 14 - 20 Jun 2013 / 14 - 20 June 2013

Masa / Time : 3.00 pm & 8.30 pm

Lakonan / Casts : Mardiana Alwi, Amy Mastura, Misha Omar, Fara Fauzana & Taiyuddin Bakar

Pengarah / Director: Rosminah Mohd. Tahir (Nyonya) & Siti Rohayah Attan (The Gang)

Pengarah Muzik / Music Director : Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)

Koreografer / Choreographer : A. Aris Kadir

Harga Tiket / Tickets Pricing : RM35, RM55, RM85, RM105 & RM155

Hotline Tiket / Ticketing Hotline: +603-8775 4666

Laman Web Tiket / Ticketing Website: www.AirAsiaRedTix.com 

Maklumat lanjut / More information:

Tel : +603-6186 6592 @ +6017-200 4249

Email : alphaevents@hotmail.com   &    ctraproduction@yahoo.com

Facebook : Nyonya & The Gang

    



Wednesday, April 17, 2013

Pelakon Nyonya & The Gang / Casts of Nyonya & The Gang

MARDIANA ALWI -  NYONYA  

MARDIANA Alwi berasal dari Johor Bahru berumur 25 tahun. Pelajar lulusan Diploma Teater di ASWARA dan menyambung pengajian di Universiti Malaya jurusan Sarjana Muda Seni Persembahan Drama.
Bermula dengan nyanyian sejak berumur 10 tahun dan selalu terlibat dalam persembahan bersama Yayasan Warisan Johor untuk Keroncong Diraja Johor dan pernah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009. Beliau juga pernah mempunyai album Kompilasi Impian pada tahun 2011 dengan lagu single Selamat Jalan.
Penglibatan dalam drama tv seperti Gerak PGM, Buaian Kasih, Assyura, Cinta Kau Dan Aku, Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Darjat dan banyak lagi.
Penglibatan dalam drama pentas pula seperti Sri Mersing, Bukan Dejavu, Bangsawan Tun Fatimah, Bangsawan Malim Deman, Teater Tyickoouns, Teater Muzikal Amuk Anak Zapin dan Muzikal Impak Maksima di Esplanade, Singapura.

ORIGINATED from Johor Bahru, the 25 years old Mardiana is a Theatre Diploma Graduate from National Academy of Culture, Arts & Heritage (ASWARA). She then continued her Bachelor Degrees in Drama Performance in The University of Malaya.
She began her career in arts 10 years ago via her talents in singing. She was involved in numerous performance in Yayasan Warisan Johor (Johor Heritage Foundation) for Keroncong Diraja Johor and she also placed third in National Traditional Songs Teenage Star Search in 2009. She released her first album, Kompilasi Impian (Collection of Dreams) in 2011 with the single Selamat Jalan.
 Among the local television drama she acted in; Gerak PGM, Buaian Kasih, Assyura, Cinta Kau Dan Aku, Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Darjat among many others.
Her involvement in stage drama include Sri Mersing, Bukan Dejavu, Bangsawan Tun Fatimah, Bangsawan Malim Deman, Teater Tyickoouns, Teater Muzikal Amuk Anak Zapin and Muzikal Impak Maksima in Esplanade, Singapore. 



AMY MASTURA - KEPONAKAN A (ANGGUN)

AMY mula menceburi bidang nyanyian menerusi pertandingan Asia Bagus yang diadakan di Jepun yang mana beliau bergelar juara pada 1993 menewaskan bakat-bakat baru dari Asia yang lain. Sejak itu Amy mengecap populariti sebagai penyanyi remaja yang membawa kelainan dalam industri muzik dengan muzik rancak dan bersahaja. Lagu-lagu seperti Meniti Hari, Flora & Fauna, Jawapan Kasih dan Kasih menjadi siulan anak muda pada tahun itu. Di samping itu, Amy melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa apabila berpeluang berduet bersama penyanyi pop Amerika Syarikat iaitu Tommy Page menerusi lagu The Best Part.
Selepas itu, Amy muncul dalam filem Trauma dan Bintang Hati. Filem Trauma menyaksikan Amy pertama kali mencuba watak drama sekaligus mengetepikan klise watak komedi yang sering dilakonkannya. Manakala, menerusi filem Bintang Hati, Amy bertindak sebagai penulis skrip dan hasilnya begitu membanggakan apabila Amy dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke 18 untuk kategori Cerita Terbaik dan lakonan beliau sebagai dua watak iaitu Tasha dan Syakila menerima nominasi Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Dalam bidang teater Amy pernah muncul dalam Siti Di Alam Fantasi terbitan Istana Budaya pada tahun 2000 dan penerbitan Muzikal Gamat 1 (2009) dan Muzikal Gamat 2 (2010) oleh CTRA Production.

AMY began her career in singing when she won Asia Bagus in Japan back in 1993. Since then, she became a popular teenage singer who crafted plenty of singalongs like Meniti Hari, Flora & Fauna, Jawapan Kasih and Kasih. She got herself into the international scene by singing a duet with American Pop Singer, Tommy Page with the song, The Best Part.
After that, she began her career in the film industry via movies like Trauma and Bintang Hati. Trauma marks her first trial in serious drama, which is totally different from her regular roles in comedies. She also wrote the script for Bintang Hati where she was nominated for the 18th Malaysia Film Festival for the Best Script and her roles as Tasha and Syakila in the same movie has brought her nomination for the Best Actress Award.
In the field of theatre, Amy's first appearance was in Siti Di Alam Fantasi in Istana Budaya in 2000. She then acted in Muzikal Gamat 1 (2009) and Muzikal Gamat 2 (2010), both produced by CTRA Production.

FARA FAUZANA - KEPONAKAN B (BEAUTIFUL)

MINAT dalam bidang penyiaran memberi peluang yang luas kepada Fafau untuk menerokai setiap ruang dalam bidang ini. Beliau menjadi penyampai radio Era Fm pada 2004 – 2005 sebelum berhijrah ke Hot FM pada 2006 sehingga sekarang. Bakat dalam bidang pengacaraan pula member peluang beliau muncul dalam Melodi TV3 dan Pengacara Nona.
Diteruskan pula bakat tersebut dalam lakonan melalui siri sitcom TV berjudul Fara di TV3. Diikuti beberapa filem seperti SH3 The Movie, Jin Notti, Magika, Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami dan Pontianak vs Orang Minyak.
Minat dalam lakonan juga menyebabkan beliau memberanikan diri berlakon sebagai 'Isteri' dalam teater Mak Dara Nyonya terbitan CTRA Production di bawah arahan Rosminah Tahir pada 2011.
Kehebatan Fafau membolehkan beliau menerima anugerah Pengacara TV Popular ABPBH 2005 - 2012, Penyampai Radio Popular ABPBH 2007 - 2012.

HER interests in the field of broadcasting has brought her to explore various channels in this field. She became the DJ of Era FM in 2004 - 2005 before moving to Hot FM from 2006 - now. Her talents in hosting saw her appearance in hosting Melodi TV3 and Nona.
She started her career in acting via sitcom Fara ad TV3 followed by the silver screen like SH3 The Movie, Jin Notti, Magika, Andartu Terlampau, 21 Hari Mencari Suami and Pontianak vs Orang Minyak.
Her curiosity in acting caused her to brave herself for the role of Isteri (Wife) in the theatre Mak Dara Nyonya, a production by CTRA Production under the direction of profound theatre director, Rosminah Tahir in 2011.
Her success in the entertainment industry sees her to be awarded as the The Most Popular TV Host in ABPBH from 2005 - 2012 and The Most Popular Radio DJ from 2007 - 2012.


MISHA OMAR - KEPONAKAN C (CANTIK) 
PENYANYI Kelahiran Kelantan yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta dan Cinta Adam dan Hawa ini tidak terarah dalam bidang nyanyian semata-mata. Pemenang 5 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era ini turut mengatur langkah dalam dunia lakonan. Beliau pernah muncul dalam filem Main-Main Cinta sebagai pelakon utama dan Gerak Khas 3 The Movie sebagai watak pembantu. Beliau turut membintangi drama bersiri seperti Julia Juli, Loyang dan Qaseh Marisa.   
Pertama kali muncul di pentas teater melalui teater Gamat 2 (tahun 2010) terbitan CTRA Production dan terus bersama CTRA dalam Muzikal Tun Mahathir 1 (tahun 2010), Muzikal Tun Mahathir 2 (tahun 2011), Monolog Gadis Yatim dan Mak Dara Nyonya. Beliau juga pernah memegang watak Dara dalam teater Uda dan Dara karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Usman Awang.

KELANTANESE singer who's popular with Bunga-Bunga Cinta, Cinta Adam dan Hawa and Angin Syurga spread her wings into various paths of the performing arts. The 5 times winner of Anugerah Juara Lagu, 3 Music Industry Awards (AIM), 3 Anugerah Era also make her way into the local acting scene.
She acted in movies like Main-Main Cinta as the lead actress and also Gerak Khas 3 The Movie as a supporting role. She also stars in television series like Julia Juli, Loyang and Qaseh Marisa.
Her first theatre role was in Gamat 2 (2010) by CTRA Production. She hasn't look back since and continued acting in Tun Mahathir the Musical 1 (2010), Tun Mahathir the Musical 2 (2011), Monolog Gadis Yatim and Mak Dara Nyonya, all of which produced by CTRA Production. She also held the lead role as Dara in National Literature Laureate, Datuk Dr. Usman Awang's Uda dan Dara.



TAIYUDDIN BAKAR – TUAN
TAIYUDDIN Bakar atau pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar adalah graduan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) pada 2005. Penglibatan  dalam teater memperlihatkan kebolehannya sebagai pelakon versatile. Ini terbukti melalui teater Gerimis Mengundang, 3 Maulana, Opera Ayu Cendana, Wajah Lumpur, Malam Jahanam, Awal dan Mira, Selamat Jalan Anak Kafir, Sirah Junjungan, Sri Mersing, Semerah Padi, Interview, Trem Bernama Desire, Tanda dan ShortEye.
Beliau muncul dalam filem Mukhsin, Sini Ada Hantu, Lu Fikirlah Sendiri The Movie, Pungguk Rindukan Bulan, Libas, Hantu Bonceng, Jangan Pandang-Pandang, Mael Lambong, Hantu Gangster, PE-3, Gila-Gila Remaja 2 dan  Apa Celop Toqq.
Selain itu beliau juga membintangi drama tv seperti Kawan, Anak Hero, Ady Valentino, Misteri Penarik Beca, Misteri Parit Sonto, serta drama-drama bersiri seperti Aca dan Atuk, Jersi 9, Apa Celop, Ustaz Amirul, Kampung Mana Lagi?, KL Menjerit, Pria, Belalang, Edisi Khas, Terbelahak dan banyak lagi.
Beliau juga berbakat di dalam bidang  penulisan dan juga pengarahan. Antara teater arahannya Bulan di Kg Wa' Hassan, Angin Mengambang, Nangislah Anak, Protest, Dendam Berdarah, Dimana Bulan Selalu Retak, Teater kanak-kanak Kampung Semut dan Tanda Kecil manakala karya tulisan dan arahan beliau didalam bentuk filem pendek pula adalah TamBam dan Taman.
Tai pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik bagi Festival Teater Wilayah Persekutuan (2005), Pelakon Lelaki Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia yang ke-24 selain berjaya membolosi senarai Top 5 bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2012, Hero Baru Anugerah BlockBuster 2011, Pelakon Pembantu Terbaik FFM 24 dan  Pelakon Lelaki Terbaik Boh Cameronian Award 2010.
Terbaru beliau muncul didalam drama komedi bersiri TV3, Buletin Cinta selain  mengembangkan bakatnya  di dalam bidang pengacaraan pula melalui program Komik Bintang Mencari Bintang.

TAIYUDDIN Bakar (Real name, Salelhuddin Abu Bakar) is a graduate from National Arts Academy (ASK) in 2005. He is a versatile theatre acter as shown in Gerimis Mengundang, 3 Maulana, Opera Ayu Cendana, Wajah Lumpur, Malam Jahanam, Awal dan Mira, Selamat Jalan Anak Kafir, Sirah Junjungan, Sri Mersing, Semerah Padi, Interview, Trem Bernama Desire, Tanda and ShortEye.
He also acted in movies like Mukhsin, Sini Ada Hantu, Lu Fikirlah Sendiri The Movie, Pungguk Rindukan Bulan, Libas, Hantu Bonceng, Jangan Pandang-Pandang, Mael Lambong, Hantu Gangster, PE-3, Gila-Gila Remaja 2 and  Apa Celop Toqq.
He starts in telemovies like Kawan, Anak Hero, Ady Valentino, Misteri Penarik Beca, Misteri Parit Sonto, and tv drama series such as Aca dan Atuk, Jersi 9, Apa Celop, Ustaz Amirul, Kampung Mana Lagi?, KL Menjerit, Pria, Belalang, Edisi Khas, Terbelahak and many others.
He also has talents in script writing & directing. Among his theatre directions include Bulan di Kg Wa' Hassan, Angin Mengambang, Nangislah Anak, Protest, Dendam Berdarah, Dimana Bulan Selalu Retak, Teater kanak-kanak Kampung Semut and Tanda Kecil whereas his stage scripts written & directed by him can be seen in short film TamBam and Taman.
Tai was hailed as the Best Director in Federal Territory Theatre Festival (2005), Best New Actor & Best Supporting Actor in the 24th Malaysia Film Festival, Best Actor for Boh Cameronian Arts Award (2010), New Hero for Blockbuster Awards 2011 and nominated for the Top 5 Most Popular New Artist in ABPBH 2012. 
Lately, he can be seen in a new comedy series in TV3,  Buletin Cinta besides enhancing his talents in show hosting through Komik Bintang Mencari Bintang.


ZEPPO YOUNGSTERZ CREW (ZYC) - FEATURING IN THE GANG
 
KUMPULAN ini ditubuhkan pada 14 Mei 2011 di Puchong, Selangor yang menggabungkan bakat  anak-anak remaja berusia 12 – 15 tahun. ZYC dianggotai oleh Faris Azim Abd Karim, Fariza Amira Abd Karim, Muhammad Zulhelmi Mohd Said, Muhammad Irham Shah Mohd Fairuz Shah Mehir, Mohd Fauzee M.Nawir dan Muhammad Izuddin Mohtar.
Dalam tempoh tidak sampai dua tahun, ZYC telah menyertai banyak pertandingan dan persembahan seluruh negara.  Antaranya menyertai Showdown 2012 (8TV), Astro Super Star, Gatsby Dance Competition, Gig Dance 211 Putrajaya,  Shuffle Dance Competition 8TV Journey To The West dan program Mimpi Ke Bintang (TV2).
Ketua ZYC, Bboy Fariz Azim pernah menjadi `rebutan’ peminat kanak-kanak dan remaja apabila muncul sebagai Upin dalam teater Muzikal Upin & Ipin pada April-Mei 2012 di Istana Budaya terbitan bersama Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan CTRA Production. Bboy Izuddin Mohtar pula memegang watak sebagai Fizi dalam teater yang sama.
THE group that combines the talented 12 - 15 y-old teenagers was estalished on the 14th May 2011 in Puchong, Selangor. ZYC is lead by Faris Azim Abd Karim and its team members consists of Fariza Amira Abd Karim, Muhammad Zulhelmi Mohd Said, Muhammad Irham Shah Mohd Fairuz Shah Mehir, Mohd Fauzee M.Nawir and Muhammad Izuddin Mohtar. In less than two years since it's establishment, ZYC has joined numerous competitions in the country. Among which are Showdown 2012 (8TV), Astro Super Star, Gatsby Dance Competition, Gig Dance 211 Putrajaya,  Shuffle Dance Competition 8TV Journey To The West and the reality TV programme, Mimpi Ke Bintang (TV2). The team leader, Bboy Fariz Azim was a teen & children sensation when he appeared in the award winning theatre, Upin & Ipin the Musical as Upin from April - May 2012 in Istana Budaya, a co-productioin by Les' Copaque Production Sdn. Bhd. and CTRA Production. On the other hand, Bboy Izuddin Mohtar held the role as Fizi in the same theatre. 


SECRETS CREW - THE GANG

DIANGGOTAI oleh 5 orang kanak-kanak & remaja dalam lingkungan 11 – 14 tahun yang berbakat dalam bidang seni tari, lakonan dan nyanyian. Ketua kumpulan Rasyiqah Athirah bt Ramlan (14 tahun), Marsya Naima bt Ismail Naim (14 tahun), Nur Syamimi Athirah bt Abdul Razak (13 tahun), Nurul Fatin Aqilah bt Abdul Rahim (12 tahun) dan Muhammad Firdaus bt Nor Afandi (11 tahun). Secrets Crew ditubuhkan pada penghujung tahun 2011. 
Bermula dengan didikan awal sebagai penari tradisional kanak-kanak SWATARI, PAKNGAH Production mereka memberanikan diri untuk mendalami tarian jalanan yang semakin popular di masa kini.  
Selain menari mereka juga aktif dalam bidang lakonan di kaca televisyen dan dipentas teater. Secrets crew pernah menjadi penari latar kepada kumpulan NICO. Ahli kumpulan Secrets iaitu Rasyiqah Athirah juga pernah berlakon dalam drama bersiri Karlos di TV3, Muhammad Firdaus sebagai host dalam program Kan Dah Kena Astro, Nurul Fatin Aqilah pernah memegang watak Mei Mei dalam teater Upin & Ipin dibawah CTRA PRODUCTION pada tahun 2012. Secret Crew juga banyak menerima undangan majlis-majlis koperat. Mereka merupakan finalis program reality tv SUPERSTAR untuk Astro Ceria musim pertama.

THE members of Secrets Crew consist of five teenagers & children age 11 - 14 who have talents in dancing, acting and singing. They are namely, the team leader, Rasyiqah Athirah bt Ramlan (14 y-old), Marsya Naima bt Ismail Naim (14 y-old), Nur Syamimi Athirah bt Abdul Razak (13 y-old), Nurul Fatin Aqilah bt Abdul Rahim (12 y-old) and the only male in the group, Muhammad Firdaus bt Nor Afandi (11 y-old). Secrets Crew was established at the end of 2011. 
They began their early education as dancers in SWATARI, PAKNGAH Production. From there, they braved themselves to try on the trending street dance.  
Besides dancing, they are also active in acting for local television stations and also theatres. They have also been featured in NICO group. Rasyiqah Athirah also acted in local television series like  Karlos (TV3), Muhammad Firdaus was the host for Astro TV program Kan Dah Kena, Nurul Fatin Aqilah held the role as Mei Mei in Upin & Ipin the Musical 2012. Secrets Crew also received various invitations to perform for corporate events and they were also the finalists for reality program show, SUPERSTAR during its first season in Astro Ceria.